Saturday, December 10, 2011

3 JANUARI


Bahasa Melayu
Tahun 6
0800-0900

Tema     : Kekeluargaan
Tajuk     :  Keluarga Kreatif (Mengapai impian)
A.      Menyanyi
Hasil Pembelajaran  :   F.U  DT  1.1 Aras 1 (i)
                                         F.S  BT  5.1 Aras 1 (i)    8.1 Aras 2 (i)

Objektif Pelajaran  : Di akhir pelajaran murid dapat:
1.      Berinteraksi dengan pihak lain berkaitan dengan hobi.
2.      Membaca sekurang-kurangnya 4 daripada 5 ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul
3.      Membina 4 daripada 5 ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung dan,yang ,kerana dengan betul
Sistem Bahasa   :  Kata Hubung
Nilai Murni  : Pendidikan Moral,Kerajinan
Aktiviti   :  Sumbang saran,nyanyian,soal jawab,latihan dan rumusan.
Refleksi   : Hanya 18% murid yang berinteraksi dengan baik berkaitan dengan hobi  masing-masing.Pelajar lain masih lemah dalam mengemukakan idea.Mereka akan disoal jawab dari semasa ke semasa waktu pengajaran dan pembelajaran bagi melatih murid-murid ini untuk berinterakasi dengan baik.Objektif pelajaran hanya 51.28 % tercapai.

Bahasa Melayu
Tahun 4
0900-1000



Tema   : Keluargaku Sayang
Tajuk    : Keluarga Bahagia
Hasil Pembelajaran  :  F.U   DT 1.1 Aras 1 (i)
                                        F.S    BC 5.2 Aras 1 (i)
Objektif  Pelajaran: Di akhir pelajaran murid dapat;
1.      Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau dibaca.
2.      Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Sistem bahasa   : Kata nama
Nilai murni   : Kasih sayang
Aktiviti    :  Nyanyian,perbincangan,latihan dan rumusan
Refleksi   : Masih terdapat 12 orang pelajar belum menguasai kemahiran membaca.Perlu latih tubi.Pelajar ini juga belum memahami isi bacaan mereka.Perlu dibimbing pada sesi pembelajaran berikutnya.


No comments:

Post a Comment