Tuesday, December 6, 2011

19 April

Mata pelajaran             : Bahasa Melayu
Tema                           : Kesusasteraan
Tajuk                           : Ke Puncak Jaya
Kelas                           : Tahun 5 Jasmine
Tarikh                          : 19 April 2011 (Selasa)
Masa                            : 8.00-9.00 pagi (60 minit)
Bilangan murid              : 35 orang
Objektif  Pelajaran      : 1. Menyatakan ciri sajak yang dipelajari
                                      2. Mengecam diksi,istilah dan ayat yang memberikan kesan
                                      3. Menjawab soalan pemahaman dengan betul

Hasil Pembelajaran      : Di akhir sesi pembelajaran ini,murid dapat ;

A. Kognitif/ Menguasai isi kandungan
a.       Murid akan dapat memilih ayat yang memberikan kesan dalam teks
          prosa dan puisi dengan menyatakan alasan

   B.  Psikomotor / Membina kemahiran saintifik
a.       Murid dapat mengenal ciri-ciri puisi tradisional dan moden dengan
          menjawab soalan pemahaman yangn berpandukan sajak.
C. Afektif / Mengamalkan sikap saintifik/Nilai murni
         a.         Murid akan dapat memilih diksi yang sesuai untuk
                     menyampaikan sesuatu cerita dengan baik dan berkesan.
Senarai istilah/Konsep/Prinsip/Hukum/ Teori  : Menggapai,impian
                                                                          ,berjambak,mencapai,memegang dan berkarang-
                                                                           karang
Bahan bantu Mengajar  : Slaid powerpoint,borang pengurusan grafik dan lembaran kerja
Pengetahuan Sedia ada :
1.      Murid-murid telah mengikuti pertandingan bersajak atau bercerita di sekolah mereka.
2.      Murid sudah mengetahui cara-cara mendeklamasikan sajak dan bercerita melalui 
         pertandingan seumpamanya di sekolah.
3.      Bagi murid yang tidak menyertai pertandingan,mereka juga telah menyaksikan
         pertandingan seumpamanya.


Langkah-langkah pengajaran:


Fasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Permulaan/
Mencungkil Idea
 (5minit)

Memaparkan sajak

1. Guru mengemukakan
    soalan .

-  Apakah jenis teks yang
     anda lihat?
  - Pernahkah anda
    mendeklamasikan sajak?
2. Kaitkan jawapan murid
    dengan isi pelajaran.
-         

1.Murid memberi   respon  terhadap soalan guru.
2.Sumbang saran


Teknik
Penyoalan seluruh kelas

Slaid Sajak
-         
-          r

Menstruktur /Menstruktur semula
(15 minit)

Bacaan sajak
1.Guru mendeklamasikan sajak dengan sebutan,intonasi dan gaya yang betul.
2.Memilih beberapa orang  murid secara rawak bagi mendeklamasikan sajak .
3.Minta murid menyenaraikan perkataan yang sukar difahami .
4.Menyemak maksud perkataan yang diberikan oleh murid secara spontan.
1. Murid mendeklamasikan sajak dengan cara mereka sendiri secara individu.
2.Mencatat perkataan yang sukar difahami dan merujuk kamus bagi mencari makna perkataan tersebut.
3. Menyatakan maksud perkataan yang telah dicari dalam kamus.


Slaid sajak

Sikap saintifik dan nilai murni:
Penglibatan murid secara aktif.

Aplikasi idea
Fasa 3
(20 minit)


Aktiviti kumpulan
Mengecam diksi,ayat /istilah dan ayat yang memberikan kesan.
1.      Memberi penerangan ringkas tentang aktiviti kumpulan
Persoalan utama :
i.                    Ciri sajak
ii.                  Membincangkan ayat-ayat dicetak berwarna untuk menyatakan kesan dan memberikan alasan.
2.      Bertindak memperbetulkan jawapan murid yang dibentangkan
1.      Murid membuat aktiviti kumpuan dengan melengkapkan borang grafik yang diberikan.
2.      Membentangkan hasil kerja kumpulan untuk dibincangkan dan diperbetulkan bersama guru.


Borang Pengurusan Grafik

Fasa 4
(15 minit)

Aktiviti bertulis
1.      Guru mengedarkan lembaran kerja bertulis kepada murid iaitu menjawab soalan pemahaman.
1.      Murid membuat latihan bertulis yang diberikan secara individu.

Lembaran kerja

Penutup
(5 minit)

Merumus isi pelajaran
1.      Guru merumuskan isi pelajaran dan menerapkan nilai murni.
1.      Murid memberi respon.


Refleksi  :
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti yang dirancang.Semasa set induksi,murid begitu teruja melihat teks yang ditunjukkan dengan elemen-elemen bunyi yang saya masukkan dalam slaid powerpoint. Saya menggunakan muzik latar nyanyian Kitaro .Sebaik sahaja saya mengemukakan soalan ,murid dapat mengecam teks yang mereka lihat.Begitu mudah sekali saya terus mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.Murid begitu meminati muzik Kitaro yang saya gunakan.Saya juga bersemangat untuk mendeklamasikan sajak dengan muzik Kitaro tersebut.Minat yang ditunjukkan oleh murid saya manfaatkan dengan mendeklamasikan sajak dengan sebutan,intonasi dan gaya yang betul.Selepas itu saya memilih beberapa orang murid secara rawak untuk mendeklamasikan sajak.Apa yang dapat saya perhatikan,murid lelaki  dapat  mendeklamasikan sajak dengan baik berbanding murid perempuan.Kelemahan hanyalah pada penekanan atau penegasan suara murid pada baris-baris tertentu dalam sajak.Namun mereka telah menunjukkan persembahan yang cukup membanggakan.Apabila diminta menyenaraikan perkataan yang sukar dalam sajak,murid telah menyenaraikan beberapa perkataan seperti menggapai,berjambak dan berkarang-karang.Saya melatih murid mencari perkataan tersebut dengan menggunakan Kamus.Kamus di sekolah agak terhad.Oleh itu tidak semua murid berkesempatan untuk melakukan aktiviti mencari makna dalam kamus.Bagi memudahkan murid-murid,saya juga mendedahkan kepada mereka tentang kamus elektronik.Ianya amat mudah difahami oleh mereka.Kelemahan yang dapat dikenal pasti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ialah murid tidak dapat menghayati sajak kerana sajak ini banyak menggunakan bahasa sastera.Tidak semua murid berbakat dalam menghayati dan mendeklamasikan sajak dengan baik.Walaubagaimanapun,murid-murid dapat mengenal antara nada sajak atau pantun.Sebagai kesinambungan daripada isi pelajaran pada hari ini,saya telah meminta murid-murid untuk berlatih mendeklamasikan sajak di rumah untuk dipertandingkan pada sesi pembelajaran seterusnya.

14 April

Mata pelajaran             : Bahasa Melayu
Tema                           : Kesusasteraan
Tajuk                           : Ke Puncak Jaya
Kelas                           : Tahun 5 Jasmine
Tarikh                          : 18 April 2011
Masa                            : 8.00-9.00 pagi (60 minit)
Bilangan murid           : 35 orang
Objektif  Pelajaran      : 1. Memilih diksi yang sesuai berdasarkan sesuatu cerita secara lisan.
                                      2. Menyampaikan cerita dengan menggunakan diksi yang dipilih.
                                      3. Membina lima ayat berdasarkan gambar yang diberikan dengan betul.

Hasil Pembelajaran      : Di akhir sesi pembelajaran ini,murid dapat ;

A.     Kognitif/ Menguasai isi kandungan
a.       Murid akan dapat mengecam diksi,istilah dan ayat yang  
          memberikan  kesan dengan menyatakan sebab.

    B.  Psikomotor / Membina kemahiran saintifik
a.       Murid dapat mengenal pasti watak dan perwatakan yang terdapat 
         dalam teks dengan cara menulis ayat berdasarkan watak dengan betul.


C. Afektif / Mengamalkan sikap saintifik/Nilai murni
         a.         Murid dapat menyampaikan cerita dengan menggunakan 
                     diksi yang dipilih.
Senarai istilah/Konsep/Prinsip/Hukum/ Teori  : Puncak ,rintangan,tabah,bahaya,bekerjasama.
Bahan bantu Mengajar  : Carta gambar,Borang Pengurusan Grafik dan Lembaran kerja,Buku
                                         Teks.
Pengetahuan Sedia ada : Murid-murid telah didedahkan dengan bacaan dan buku cerita,tayangan
                                        filem di televisyen dan bacaan luas dari internet.



Fasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Permulaan/
Mencungkil Idea
 (5minit)

Meneliti gambar
dan isi pelajaran
1.      Guru meminta murid meneliti gambar dan menyatakan perlakuan yang sama dilakukan di rumah.
2.      Kaitkan dengan isi pelajaran
1.Murid   
   memberi  
   respon 
  terhadap   
  soalan guru.
2.Sumbang saran

Teknik
Penyoalan seluruh kelas

Gambar
-         
-          r

Menstruktur /Menstruktur semula
(15 minit)

Mengenal pasti diksi yang sesuai
1.Meminta murid
   menyatakan diksi     
  berdasarkan gambar.
2.Menyenaraikan diksi yang
   diberikan dan
   membimbing murid
   memilih diksi mengikut
   kesesuaian gambar.


Persoalan utama:
- Apakah perkaitan antara diksi yang dipilih dan gambar dalam teks?

1. Murid memberi
    Respon
 2.Murid memberi
    sumbang saran



Pendekatan inkuiri penemuan
Sikap saintifik dan nilai murni :
Penglibatan aktif

Aplikasi idea
Fasa 3
(20 minit)


Aktiviti kumpulan

1.Memberi arahan tentang  aktiviti kumpulan.
- Apakah perkaitan antara diksi yang dipilih dan gambar dalam teks?
2.Bertindak membimbing
   murid dengan 
   memperbetulkan diksi
   yang dipilih .


1.Murid berbincang mengenai diksi yang dipilih dan melengkapkan borang grafik yang diberikan oleh guru.
2. Pembentangan hasil kerja kumpulan oleh ketua kumpulan
Borang PG
Peneguhan:
Diberikan kepada kumpulan yang  terbaik.

Fasa 4
(15 minit)

Aktiviti bertulis
1.Mengedarkan lembaran
    kerja ( Lampiran 1)
    kepada murid.
1.Membuat latihan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

Lembaran kerja

Penutup
(5 minit)

Merumus isi pelajaran
1.Guru merumus isi
   pelajaran .
Aspek kognitif:
i.        Apakah yang telah anda pelajari hari ini?
Aspek afektif/Sosial
i.        Adakah kamu berasa seronok dengan pembelajaran hari ini?
1.Murid memberi
   respon terhadap
   soalan guru

Teknik penyoalan seluruh kelas.

Refleksi :
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti yang dirancang.Pada permulaan set induksi murid menunjukkan minat untuk memberi idea berdasarkan gambar yang ditunjukkan.Walaubagaimanapun masih terdapat murid yang pasif.Oleh yang demikian,teknik penyoalan seluruh kelas saya praktikkan supaya dapat memberi ruang kepada murid pasif untuk menyumbang idea.Saya telah memberi peneguhan kepada seluruh kelas khususnya kepada murid yang lemah dengan mengulang jawapan mereka dengan suara yang lantang sekaligus mengaitkan jawapan  mereka dengan isi pelajaran pada hari ini.Kelemahan awal yang dapat saya kenal pasti ialah saiz carta gambar yang kurang sesuai.Murid yang duduk di bahagian belakang tidak dapat melihat perlakuan dalam gambar dengan jelas.Seboleh mungkin saya menggunakan paparan powerpoint untuk mengatasi masalah ini.Pada langkah menstruktur semula iaitu murid diminta menyatakan diksi berdasarkan gambar,murid masih perlu dibimbing untuk memilih perkataan yang sesuai untuk menggambarkan peristiwa dalam gambar.Ini merupakan kelemahan murid saya yang memang ketara.Hanya 12 daripada 35 orang murid saya dapat membina ayat dengan baik.Ini merupakan masalah bagi murid lain untuk menghasilkan penulisan yang baik.Bagi mengatasi masalah ini,saya telah menulis kata kunci contohnya kata kerja atau aktiviti dalam gambar.Murid hanya perlu melengkapkan ayat dengan perkataan mereka sendiri.Bagi aktiviti kumpulan, saya telah menyediakan satu borang pengurusan grafik .Murid telah melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan untuk melengkap isi BPG itu.Sepanjang pemerhatian yang saya lihat,murid dapat menyiapkan kerja dengan baik terutamanya apabila dalam aktiviti kumpulan.Murid mungkin berasa yakin untuk mengemukakan idea kepada rakan sebaya berbanding secara kelas.Semasa sesi pembentangan saya terus bertindak untuk memperbetulkan kesalahan bagi setiap hasil kumpulan.Pembetulan harus dibuat serta-merta agar murid tidak mengulang kembali kesalahan semasa membuat latihan bertulis.Kumpulan 3 dapat menunjukkan hasil kerja yang baik.Mereka berkebolehan membina ayat yang gramatis serta dapat menyatakan perkaitan antara diksi yang dipilih dan gambar.Bagi murid yang lemah,aktiviti ini memang merupakan aktiviti aras tinggi.Ini kerana terdapat 14 orang yang belum menguasai kemahiran membaca.Semasa murid lain membuat kerja pada lembaran kerja saya meneruskan aktiviti  pengajaran dan pembelajaran dengan memberi fokus kepada murid yang lemah ini.Aktiviti mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan yang diberi dapat disiapkan oleh murid-murid yang lemah dengan baik.Sementara murid lain menyiapkan latihan saya akan membantu murid ini dengan membimbing mereka untuk membaca buku Bacalah Sayang..Secara keseluruhannya,objektif pelajaran pada hari ini adalah 80% dapat dicapai oleh murid.