Tuesday, December 6, 2011

14 April

Mata pelajaran             : Bahasa Melayu
Tema                           : Kesusasteraan
Tajuk                           : Ke Puncak Jaya
Kelas                           : Tahun 5 Jasmine
Tarikh                          : 18 April 2011
Masa                            : 8.00-9.00 pagi (60 minit)
Bilangan murid           : 35 orang
Objektif  Pelajaran      : 1. Memilih diksi yang sesuai berdasarkan sesuatu cerita secara lisan.
                                      2. Menyampaikan cerita dengan menggunakan diksi yang dipilih.
                                      3. Membina lima ayat berdasarkan gambar yang diberikan dengan betul.

Hasil Pembelajaran      : Di akhir sesi pembelajaran ini,murid dapat ;

A.     Kognitif/ Menguasai isi kandungan
a.       Murid akan dapat mengecam diksi,istilah dan ayat yang  
          memberikan  kesan dengan menyatakan sebab.

    B.  Psikomotor / Membina kemahiran saintifik
a.       Murid dapat mengenal pasti watak dan perwatakan yang terdapat 
         dalam teks dengan cara menulis ayat berdasarkan watak dengan betul.


C. Afektif / Mengamalkan sikap saintifik/Nilai murni
         a.         Murid dapat menyampaikan cerita dengan menggunakan 
                     diksi yang dipilih.
Senarai istilah/Konsep/Prinsip/Hukum/ Teori  : Puncak ,rintangan,tabah,bahaya,bekerjasama.
Bahan bantu Mengajar  : Carta gambar,Borang Pengurusan Grafik dan Lembaran kerja,Buku
                                         Teks.
Pengetahuan Sedia ada : Murid-murid telah didedahkan dengan bacaan dan buku cerita,tayangan
                                        filem di televisyen dan bacaan luas dari internet.



Fasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Permulaan/
Mencungkil Idea
 (5minit)

Meneliti gambar
dan isi pelajaran
1.      Guru meminta murid meneliti gambar dan menyatakan perlakuan yang sama dilakukan di rumah.
2.      Kaitkan dengan isi pelajaran
1.Murid   
   memberi  
   respon 
  terhadap   
  soalan guru.
2.Sumbang saran

Teknik
Penyoalan seluruh kelas

Gambar
-         
-          r

Menstruktur /Menstruktur semula
(15 minit)

Mengenal pasti diksi yang sesuai
1.Meminta murid
   menyatakan diksi     
  berdasarkan gambar.
2.Menyenaraikan diksi yang
   diberikan dan
   membimbing murid
   memilih diksi mengikut
   kesesuaian gambar.


Persoalan utama:
- Apakah perkaitan antara diksi yang dipilih dan gambar dalam teks?

1. Murid memberi
    Respon
 2.Murid memberi
    sumbang saran



Pendekatan inkuiri penemuan
Sikap saintifik dan nilai murni :
Penglibatan aktif

Aplikasi idea
Fasa 3
(20 minit)


Aktiviti kumpulan

1.Memberi arahan tentang  aktiviti kumpulan.
- Apakah perkaitan antara diksi yang dipilih dan gambar dalam teks?
2.Bertindak membimbing
   murid dengan 
   memperbetulkan diksi
   yang dipilih .


1.Murid berbincang mengenai diksi yang dipilih dan melengkapkan borang grafik yang diberikan oleh guru.
2. Pembentangan hasil kerja kumpulan oleh ketua kumpulan
Borang PG
Peneguhan:
Diberikan kepada kumpulan yang  terbaik.

Fasa 4
(15 minit)

Aktiviti bertulis
1.Mengedarkan lembaran
    kerja ( Lampiran 1)
    kepada murid.
1.Membuat latihan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

Lembaran kerja

Penutup
(5 minit)

Merumus isi pelajaran
1.Guru merumus isi
   pelajaran .
Aspek kognitif:
i.        Apakah yang telah anda pelajari hari ini?
Aspek afektif/Sosial
i.        Adakah kamu berasa seronok dengan pembelajaran hari ini?
1.Murid memberi
   respon terhadap
   soalan guru

Teknik penyoalan seluruh kelas.

Refleksi :
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti yang dirancang.Pada permulaan set induksi murid menunjukkan minat untuk memberi idea berdasarkan gambar yang ditunjukkan.Walaubagaimanapun masih terdapat murid yang pasif.Oleh yang demikian,teknik penyoalan seluruh kelas saya praktikkan supaya dapat memberi ruang kepada murid pasif untuk menyumbang idea.Saya telah memberi peneguhan kepada seluruh kelas khususnya kepada murid yang lemah dengan mengulang jawapan mereka dengan suara yang lantang sekaligus mengaitkan jawapan  mereka dengan isi pelajaran pada hari ini.Kelemahan awal yang dapat saya kenal pasti ialah saiz carta gambar yang kurang sesuai.Murid yang duduk di bahagian belakang tidak dapat melihat perlakuan dalam gambar dengan jelas.Seboleh mungkin saya menggunakan paparan powerpoint untuk mengatasi masalah ini.Pada langkah menstruktur semula iaitu murid diminta menyatakan diksi berdasarkan gambar,murid masih perlu dibimbing untuk memilih perkataan yang sesuai untuk menggambarkan peristiwa dalam gambar.Ini merupakan kelemahan murid saya yang memang ketara.Hanya 12 daripada 35 orang murid saya dapat membina ayat dengan baik.Ini merupakan masalah bagi murid lain untuk menghasilkan penulisan yang baik.Bagi mengatasi masalah ini,saya telah menulis kata kunci contohnya kata kerja atau aktiviti dalam gambar.Murid hanya perlu melengkapkan ayat dengan perkataan mereka sendiri.Bagi aktiviti kumpulan, saya telah menyediakan satu borang pengurusan grafik .Murid telah melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan untuk melengkap isi BPG itu.Sepanjang pemerhatian yang saya lihat,murid dapat menyiapkan kerja dengan baik terutamanya apabila dalam aktiviti kumpulan.Murid mungkin berasa yakin untuk mengemukakan idea kepada rakan sebaya berbanding secara kelas.Semasa sesi pembentangan saya terus bertindak untuk memperbetulkan kesalahan bagi setiap hasil kumpulan.Pembetulan harus dibuat serta-merta agar murid tidak mengulang kembali kesalahan semasa membuat latihan bertulis.Kumpulan 3 dapat menunjukkan hasil kerja yang baik.Mereka berkebolehan membina ayat yang gramatis serta dapat menyatakan perkaitan antara diksi yang dipilih dan gambar.Bagi murid yang lemah,aktiviti ini memang merupakan aktiviti aras tinggi.Ini kerana terdapat 14 orang yang belum menguasai kemahiran membaca.Semasa murid lain membuat kerja pada lembaran kerja saya meneruskan aktiviti  pengajaran dan pembelajaran dengan memberi fokus kepada murid yang lemah ini.Aktiviti mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan yang diberi dapat disiapkan oleh murid-murid yang lemah dengan baik.Sementara murid lain menyiapkan latihan saya akan membantu murid ini dengan membimbing mereka untuk membaca buku Bacalah Sayang..Secara keseluruhannya,objektif pelajaran pada hari ini adalah 80% dapat dicapai oleh murid.

No comments:

Post a Comment